Siri 10 : Kejutan Di Jabal Rummah

Published on 10/02/2016

Lebih kurang pukul 3 petang kami bergerak menuju ke bukit Uhud untuk buat rakaman live di sana. Untuk ke sana kami dibantu oleh Faiz, seorang pelajar di Madinah yang juga sepupu abang Ipin. Dia tahu selok belok untuk ke sana dan ia memang memudahkan kami.

Sepanjang perjalanan ke Jabal Uhud, kami dapat lihat betapa berbezanya cara orang arab memandu berbanding dengan orang melayu. Gaya memandu mereka agak kasar. Hon sentiasa berbunyi. Jika berada di lampu isyarat, lampu merah tak menyala lagi hon sudah pun dibunyikan. Jadi kalut semacam walaupun terkadang lucu juga melihat adegan2 pak arab tersebut. Kalau sapa tak biasa bawa kereta di sinvlcsnap-error951i pasti akan stress.

*******

Kami singgah sebentar di masjid Qiblatain untuk solat Asar dan makan. Masjid Qiblatain ini salah satu tempat ziarah di Madinah yang terkenal dengan dua arah kiblat. Masjid yang dulu bernama Masjid Bani Salamah itu menjadi saksi berpindahnya arah kiblat kaum Muslimin ketika zaman Rasulullah saw dahulu.

Masjid Qiblatain terletak di Quba. Masjid Qiblatain mula-mula dikenali dengan nama masjid Bani Salamah, kerana masjid ini dibina di atas tapak rumah Bani Salamah. Masjid ini terletak sekitar 7 kilometer dari Masjib Nabawi di Madinah.

Selesai solat Asar, kami ‘berkelah’ di tepi masjid Qiblatain untuk makan. Kami hampar tikar di situ dan terus makan tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang. Sempat juga kami makan aiskrim kat situ. Memang sedap aiskrim kat sini…..
********

Nabi Saw bersabda dalam sepotong hadist, “Bukit Uhud ini mencintai kami dan kami mencintainya”
(HR Bukhari)

Memandang dari jauh akan kegagahan Bukit Uhud, timbul satu kegerunan yang semacam.

Kami teruja dan cuba merasai semangat perjuangan nabi saw dan para sahabatnya. Inilah lokasi yang pernah menjadi medan perjuangan dan menyaksikan gugurnya para syuhada pada bulan Syawal tahun ketiga hijrah.

Bukit Uhud adalah salah satu bukit terbesar dan terpanjang di Madinah. Letaknya di bahagian utara Madinah iaitu kira-kira 5km dari pusat bandar. Di bukit inilah berlakunya pertempuran sengit antara tentera Islam dan musyrikin dari Makkah.
*******

Kami bercadang membuat rakaman live di Jabal Rummah. Jabal Rummah adalah bukit di mana Rasulullah SAW mengarahkan supaya 50 orang pemanah mengambil tempat di puncak bukit ini untuk melindungi bahagian belakang tentera Islam. Abdullah bin Jubair al-Ansori dilantik sebagai ketua. Di bukit inilah berlakunya peristiwa para pemanah tentera islam yang tidak dapat mengawal diri melihat ghanimah (harta rampasan perang) yang ditinggalkan tentera musyrikin lalu mengabaikan perintah Rasulullah saw. Sedangkan Rasulullah saw sudah pun mengeluarkan arahan :

“Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan jangan kamu sekali-kali turun kepada kami. Jika kamu melihat kami dibunuh sekalipun, jangan cuba turun untuk menolong kami. Jangan tinggalkan tempat kamu itu sekalipun kamu melihat tentera Islam dipatuk burung burung!”.

Rakaman live kami di Jabal Rummah tergendala dek kerana seorang polis arab tanpa kami sedari tiba2 datang dan merampas salah satu kamera yang dijaga Abang Ipin. Terkejut jugalah waktu tu. Bimbang juga kamera kami dirampas oleh polis arab tu. Pada mulanya polis tersebut ingin membawa kami ke balai polis tapi selepas berbincang panjang dengan ustaz Wadi, alhamdulillah, polis tadi melepaskan kami dan mengembalikan semula kamera kami dengan syarat kami kena segera beredar dari situ. Kami terpaksa akur dengan arahan polis tersebut dan bercadang untuk kembali ke sini pada pagi esok….

(Visited 137 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"