Siri 2 : Adab Bermusafir

Published on 10/02/2016

12400968_562673687217752_4495128228306584805_nKurang jam 12 tengah hari, kereta milik Amir, pengarah utama projek ZiarahKisah Zonkuliah tiba di hadapan masjid At Taqwa. Kelihatan Abang Ipin, merangkap ketua editor Zonkuliah keluar dari tempat duduk pemandu untuk menolong memunggah beg kami masuk ke dalam kereta sementara Shade, yang bertugas sebagai jurugambar setia berada di dalam kereta.

Kami berlima menuju ke KLIA dengan pantas. Ada beberapa perkakas lagi yang perlu dibeli untuk melengkapkan projek sebelum berlepas ke Jeddah. Aku duduk di sebelah Abang Ipin yang yang tekun memandu. Sementara ustaz Wadi dan Shade duduk di bahagian tengah. Amir duduk berseorangan di belakang kereta. Mengantuk katanya sebab semalaman tak tidur kerana terpaksa menyiapkan beberapa tugasan sebelum berangkat.

Sebenarnya projek kali ni disertai 6 orang ahli. Seorang lagi rakan kami telah pun berada di Makkah kerana menjadi mutawif di sana. Dia akan menyertai kami di Madinah nanti setelah selesai tugasnya sebagai mutawif di sana.

**********

Kereta , motor, bas yang berbenderakan bendera Kedah mewarnai perjalanan kami menuju ke KLIA. Bendera hijau kuning berkibar di kenderaan masing-masing. Semuanya menuju ke stadium Shah Alam. Almaklumlah, malam nanti final piala Malaysia antara Kedah dan Selangor bakal berlangsung maka berpusu-pusulah orang-orang kedah menuju ke stadium Shah Alam untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

“Hanya sebiji bola sahaja, dapat menghimpunkan berpuluh-puluh ribu orang padahal bukan dapat apa pun..!”, ustaz Wadi tiba-tiba bersuara.

Ayatnya pendek tapi mendalam. Mendalam untuk difikirkan. Yela, bagaimana sebiji bola yang bulat boleh menghimpunkan sejumlah besar manusia di satu tempat. Ajaib. Jika sebiji bola boleh menghimpunkan lalu melalaikan manusia untuk satu ketika maka tidak menghairankan bila nanti Dajjal datang membawa segala kemewahan dan keindahan ramai manusia yang akan tewas lalu meninggalkan agama. Ini baru sebiji bola ! Allahurobbi…
**********

Rakaman projek kali ni bermula seawal kami berada di dalam kereta menuju ke KLIA lagi. Tak buang masa. Jurugambar kami, Shade dah pun bersiap sedia dengan kameranya.

Rakaman awal tersebut lebih menekankan tentang adab-adab ketika kita nak bermusafir. Banyak point penting dalam tazkirah pendek ustaz Wadi dlm kereta, antaranya,

-Tujuan kita nak bermusafir mestilah dengan niat yg baik.
-Nabi saw bila bermusafir akan sentiasa membawa siwak.
-Dianjurkan bermusafir secara berjemaah dan melantik seorang ketua di kalangan ahli yg bermusafir.
-Dianjurkan bila bermusafir membawa beg kecil utk diisi benda -benda yang memudahkan ibadah semasa musafir.

(Visited 169 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"