Siri 3 : Pahala Umrah Untuk Shah

Published on 10/02/2016

Tepat jam 8.30 malam, kami tiba di surau Al Husna, Presint 9, Putrajaya untuk bertemu sahabat yang kerap kali membantu Zonkuliah. Shah Abu Dani namanya. Dia akan menjaga kereta kami sepanjang kami berada di tanah suci. Daripada parking di airport yang berbayar lebih baik parking di sini. Boleh juga sahabat kami, Shah ni tolong tengok-tengokkan kereta kami.

Usai solat maghrib dan isyak, kami terus menuju ke KLIA.

“Hangpa tengok sahabat kita Shah, senang2 ja dapat free pahala 5 orang umrah..”, Abang Ipin bersuara.

Benar. Kalau tidak kerana pertolongan Shah yang menjaga kereta semasa kami di tanah suci sudah pasti kami terpaksa parking kereta kami di airport. Letak kereta di airport alamatnya kena bayar. Nak bayar bukan sikit. Dua minggu kot !

Teringat firman Al12523092_563108333840954_2159753441613425861_nlah SWT dalam surah An Nisak ayat 85 yang bermaksud,

“Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Tak rugi bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan. Sungguh.

*************

Jam menunjukkan pukul 12.40 pagi. Kurang dua jam daripada waktu kami akan berlepas. Kami dijadualkan berlepas dengan pesawat Etihad Airways pada pukul 2.20 pagi waktu Malaysia.

Sebelum berlepas kami tukar siap-siap duit ringgit malaysia kepada duit riyal arab saudi. Aku tukar rm700. Dapatlah lebih kurang 500 riyal. Tak banyak pun. Kan duit malaysia tika ni agak ‘tenat’.

Terkesima sebentar bila mendengar kata-kata Abang Ipin sambil menunjuk ke arah pramugari Etihad yang berlalu di hadapan kami,

“Depa ni la pramugari yang naik dengan kita sat lagi…”

Biar betul ! Aku terkejut bukan sebab terpegun dengan kecantikan mereka. Tapi bukankah kita akan ke Tanah Suci? Tidakkah pakaian mereka agak kurang sopan dengan menampakkan kaki mereka yang kurus dan licin itu? Gayat juga bila memikirkan mereka ada bersama melayan para penumpang di dalam pesawat nanti.

“Pramugari ni mungkin hanya sampai Abu Dhabi ja kot, takkan la depa nak naik sampai ke Jeddah dengan pakaian camni?”, aku memujuk diri. Kami akan transit di airport Abu Dhabi dulu sebelum ke Jeddah….

(Visited 101 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"