Siri 4 : Pengalaman Pertama Menaiki Etihad

Published on 10/02/2016

Pesawat Etihad Airways yang megah itu kami naiki. Bagi aku ini pengalaman pertama menaiki kapal terbang untuk perjalanan jauh. Kali pertama aku naik kapal terbang adalah pada tahun 2013. Itu pun hanya ke Indonesia. Tak termimpi pun nak jalan jauh-jauh apatah lagi pergi ke tanah suci Mekkah dan Madinah. Cita-cita nak pergi buat umrah tu memang la ada tapi tak sangka seawal ini!

Naik kapal terbang ni kalau nak ikutkan memang la seronok. Teruja. Terutama bagi yang kali pertama naik. Tapi dalam seronok tu mesti ada juga rasa sedikit cuak dan takut. Takut-takut kalau berlaku masalah yang tak diingini masa dalam perjalanan. Bukan sikit berita tentang kemalangan kapal terbang yang terpampang di media-media massa apatah lagi kejadian MH370 masih segar dalam ingatan walaupun sudah agak lama kejadian itu berlaku.

*********

Oleh sebab kami berlepas pada waktu awal pagi maka bila berada dalam kapal terbang tak dapat la tengok awan yang cantik dan gebu. Hanya kegelapan di bahagian luar yang aku nampak melalui tingkap kapal ter12548880_563482120470242_7936516551623566498_nbang itu.

Boleh tahan berdebar juga masa kapal terbang melanggar awan-awan yang kasar tu, walaupun terasa bergegar macam naik bas di tengah lompang-lompang jalan raya yang rosak, tapi hati memang tak boleh menipu, istighfar panjang jugalah waktu tu. Sebab itu ada sesetengah orang yang takut naik kapal terbang, akan menelan pil tidur. Sedar-sedar ja, dah sampai destinasi.

Jakun juga bila aku tahu ada tv yang disediakan dalam kapal terbang tu. Siap boleh pilih rancangan yang nak ditonton. Filem-filem Box Office dari luar negara sampailah dalam negara ada disediakan. Yang bestnya bola sepak Liga Perdana Inggeris secara langsung pun boleh kita tonton. Mungkin orang dah lama tahu tapi aku baru saja tahu rupanya kat dalam kapal terbang ni boleh cas handphone. Huhu.

**********
Dalam kapal terbang ni, tak boleh nak memilih sangat jika kita nak makan, menu yang disediakan pun bukanlah yang selalu kita makan seharian di tanah air. Hadap sahaja. Bersyukur. Tapi aku risau juga kalau menu dalam flight tu yang pedas-pedas. Bukannya aku takut makan pedas. Cuma ia akan mengakibatkan sakit perut. Perkara yang paling menakutkan bila ada dalam kapal terbang ialah sakit perut dan nak buang air besar. Tak selesa rasanya bila terpaksa ‘membuang’ kat dalam tandas kapal terbang yang kecik tu !

Aku duduk bersebelahan dengan ustaz Wadi. Apa yang aku nampak, tasbih sentiasa di tangan beliau. Dengan kata lain beliau sentiasa berzikir. Jadi malu alah la juga bila nak tengok rancangan tv sedangkan ustaz kat sebelah sentiasa dengan tasbihnya. Tv yang berada di hadapannya hanya dibuka sekejap. Mungkin ustaz tak berminat dengan isi cerita di dalamnya. Lagi pun waktu tu waktu pagi. Tekanan udara kat atas awan ni pula rendah dan membuatkan penumpang di dalamnya cepat mengantuk dan tidur nyenyak. Mata ni pun rasa berat dah. Jadi kita jumpa di siri akan datang…..

(Visited 165 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"