Siri 5 : Transit 8 jam Di Abu Dhabi

Published on 10/02/2016

Alham12473717_563809833770804_4494235728902554341_odulillah. Kami tiba di airport Abu Dhabi pada pukul 6.05 pagi dalam keadaan yang agak kelam kabut. Kelam kabut sebab semua tak solat Subuh lagi. Bukan kami saja yang susah hati sebab tak solat lagi, para penumpang lain pun mengalami situasi yang sama. Dengan orang yang ramai dan sesak serta sekuriti yg agak ketat menyebabkan kami hampir2 mengqada solat subuh pagi itu. Huhu.

Pun begitu semuanya berjalan lancar dan kami semua sempat solat Subuh.

Kami solat Subuh di sebuah surau di airport tersebut. Sempat berimamkan seorang arab yg tak baca Basmalah secara jahar dan tak baca Qunut di situ. Tiada masalah walaupun kami bermazhab Syafie yang menguatkan bacaan Basmalah sebelum mula baca surah Al Fatihah dan ada bacaan Qunut selepas ruku’ di rakaat yang kedua bila bertemu imam yang tak menguatkan Basmalah dan tidak baca Qunut.

Teringat pesanan ustaz,

“Bila dok kat tempat orang hati kena terbuka terima perbezaan pendapat dan otak jangan sempit!”

Ya benar. Dan memang bukan masalah pun pada kami. Imam mazhab semuanya betul. Mereka ulamak mujtahid yang tak perlu dipersoal keilmuan dan kelebihan mereka. Jangan bertengkar tentang isu-isu khilafiyah macam ni. Banyak lagi benda besar yang umat ini kena settlekan daripada bertegang urat bertekak tentang isu-isu sebegini. Lagipun ni baru Abu Dhabi. Belum lagi Makkah dan Madinah. Jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia dengan bermacam2 jenis perangai dan tabiat yang belum kami jumpa di sana berada di sana.

*******
Kami transit di airport Abu Dhabi selama lebih kurang 8 jam. Dengan kata lain, lebih kurang pukul 2.00 petang nanti barulah pesawat akan berlepas ke Jeddah. 8 jam di situ sudah pasti membosankan jika tiada apa yang nak dilakukan. Berikut beberapa perkara yang kami lakukan atau boleh anda lakukan jika anda transit lama di situ.

1. Main wifi percuma. Di airport Abu Dhabi tersebut menyediakan wifi free kepada para pelancong yang berada di situ. Boleh terus layan internet tanpa perlu password sementara menunggu boarding.

2. Jalan-jalan. Terminal airport Abu Dhabi ni boleh tahan besarnya. Boleh la kalau sekadar nak jalan2 melihat barangan2 dan cenderahati kat sini. Ada beberapa restoran di sini, mula dari fast food burger, makanan asia dan makanan arab boleh didapati di sini. Sambal belacan? Takda kot. Ini bukan Malaysia.

3. Makan dan minum. Kami makan sekadar untuk mengalas perut. Tak mahu makan banyak sebab nanti nak naik flight lagi. Amir membeli berger dan kentang goreng. Berger di sini besar. Tak macam di malaysia. Boleh dua orang makan.

4. Tidur. Setelah bosan bermain internet, puas jalan2 dan mengisi perut, aktiviti wajib selepas itu mestilah tidur. Pastikan kalau nak tidur beg2 dan segala barang berharga dalam keadaan selamat. Adalah terlebih baik kalau tidur berganti2. Takut barang2 kita hilang dicuri semasa tidur.
**********

(Visited 87 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"