Siri 6 : Jangan Potong Barisan!

Published on 10/02/2016

Lebih kurang pukul 5 petang waktu tempatan, kami tiba di airport Jeddah. Dari Jeddah, kami akan bergerak menuju ke Madinah dahulu. Kami semua agak kepenatan selepas mengharungi perjalanan jauh untuk sampai ke sini. Badan terasa lenguh2 kerana terlalu lama duduk di atas kapal terbang.

Ada beberapa perkara yang bermain-main di fikiran ketika aku menaiki pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi menuju ke Jeddah ni tadi.

Pertama, memang pramugari syarikat penerbangan Etihad tak memakai pakaian yang patuh syariah ke setiap kali berulang alik ke Jeddah? tidak ke pakaian mereka sedikit sebanyak mengganggu mata para penumpang? Terutama penumpang lelaki yang datang buat umrah dan haji?

Kedua, meletakkan tv beserta rancangan2 yang menarik di dalamnya memang boleh menghilangkan boring berada di dalam kapal terbang. Tetapi alangkah bagusnya, jika syarikat Etihad atau mana2 syarikat penerbangan yang menuju ke Makkah dan Madinah menyiarkan slot ceramah atau kuliah yang berkaitan tentang tatacara melakukan umrah dan haji. Boleh juga orang2 yang baru first time macam aku ni dapat sikit input semasa dalam perjalanan. Tak la buang masa tengok cerita bollywood, hollywood dan cerita2 yang tak sepatutnya bagi seorang yang ingin menuju ke Makkah untuk menunaikan umrah. Cerita hollywood ni faham2 saja lah. Paling tidak adegan cium mulut mesti ada punya. Huh!

Boleh anda bayangkan seseorang yang ingin mengerjakan umrah dihidangkan dengan cerita2 lara sebegitu dalam flight yang dinaikinya? Serius, ini merosakkan ibadah umrah !

*********

Letih kami dek kerana perjalanan yang panjang ditambah lagi dengan letihnya menunggu di airport Jeddah. Lebih 4 jam menunggu untuk menyelesaikan proses pelepasan di situ. Memang ujian sungguh. Bermacam perangai dan kerenah manusia yang kami dapat saksikan waktu itu.

Di sini, pukul 5.30 petan886943_564215073730280_2183272373819369298_og dah azan maghrib. Pak arab yang jaga imegresen ni terus tinggal sekejap kaunter dia untuk solat. Terkontang kanting jugak la kami dan para penumpang lain berbaris di situ. Kesian dengan jemaahyang sudah berusia hang sudah tak tahan berdiri akhirnya memgambil keputusan duduk bersila di atas lantai. Bukan mereka saja, kami pun turut serta duduk kerana terlalu letih berdiri. Dah macam suasana berkelah pulak waktu tu..

Ada jemaah umrah india dan pakistan yang cuba potong barisan. Setakat seorang potong barisan kami boleh terima lagi, tapi bila setiap kali terjadi perkara tu, hati ni memang bengang juga la. Dah la kami tunggu lama, yang baru sampai pulak senang2 ja nak potong barisan.

Keadaan agak tegang bila seorang lelaki india cuba potong barisan tapi dimarahi oleh seorang pak arab mesir di belakang kami. Lelaki india dalam lingkungan 50an tu merayu untuk berada di barisan kami tapi dihalau oleh arab mesir itu..Kami hanya melihat, kesian pun ada tapi apa nak buat, kami pun sudah terlalu lama menunggu….

Selesai urusan imegresen dan cop pasport, kami terus ke kawasan pengambilan bagasi lalu terus menuju ke luar airport. Time tu dah gelap dah kat luar. Line Internet kami memang dah tak berfungsi waktu tu. Amir membeli sekeping kad sim jenama Zain sekadar untuk menelefon dan melayari internet. Nak kena serah pasport bagai kalau nak beli kad sim tu. Oleh sebab waktu tak mengizinkan, kami semua bercadang membeli kad sim hanya apabila sampai di Madinah sahaja…

(Visited 95 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"