Siri 7 : Perjalanan Ke Madinah

Published on 10/02/2016

Sebelum kami menuju ke Madinah, kami singgah di sebuah restoran untuk menjamu selera. Restoran di sini bukan macam di Malaysia yang menyediakan kerusi meja. Di sini kalau makan kena duduk bersila. Makan pun tak guna pinggan. Terus saja hampar plastik empat segi, dituang nasi dan lauk di atasnya lalu makan ramai2.

Kata ustaz Wadi, “Perbezaan budaya orang arab dan orang melayu, orang arab kalau makan mesti takkan bagi habis, bahkan orang arab kalau kita pi rumah dia kita makan habis dia berasa malu sebab dia sangka hidangan yang dia sediakan tak mencukupi. Orang melayu kita kalau makan tak habis dikira membazir..”

Lain pula ceritanya ketika kami makan di restoran tersebut. Kami tak mampu habiskan hidangan nasi mandy yang kami order. Silap kami juga yang menempah 5 pinggan nasi mandy. Di sini, satu pinggan nasi boleh makan 3 orang. Bayangkan 5 pinggan nasi mandy untuk 5 orang kami saja..

Aku pula jika tiada sambal pedas memang aku tak berapa lalu nak makan. Depa ada sediakan sos tapi sosnya masam. Tak macam sos di Malaysia. Memang sukar benda2 asing sebegitu nak melalui tekak aku. Lagi pun sebentar lagi kena mengharungi 5 jam perjalanan untuk ke Madinah, takut muntah2 pula di pertengahan jalan…

********

Terdapat tiga cara utama bagaimana rakyat Malaysia pergi menunaikan umrah atau haji.

Pertama, dari Malaysia menuju ke Jeddah dan terus ke Mekah. Yang kedua dari Malaysia terus menuju ke Madinah dan akhirnya barulah menunaikan umrah di Makkah. Kami pula buat cara yang ketiga yaitu turun di Jeddah kemudian menuju ke Madinah lepas tu baru ke Makkah.

Kami menuju ke Madinah dengan sebuah van panjang yang dipandu oleh seorang warga Pakistan. Agak bermasalah dalam berkomunikasi kerana pemandu pakistan tersebut tak pandai berbahasa arab dan hanya reti berbahasa inggeris sikit. Perjalanan menuju ke Madinah memakan masa lebih kurang 5 jam. Boleh saja sampai dalam masa 3 jam kalau pemandu tu pecut gila2.

Dari kejauhan, aku melihat jalan raya agak tenang, mungkin sudah lewat malam. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11.15 malam, aku lihat ustaz Wadi sudah pun terlelap. Begitu juga dengan rakan2 lain. Penat sangat mengharungi perjalanan yang jauh. Aku belum rasa nak tertidur walaupun tadinya terasa mengantuk. Mungkin kerana aku teruja dengan tempat yang baru ini. Teruja dengan suasana tanah arab ini. Teruja untuk tahu bagaimana perilaku dan tabiat bangsa arab di sini dan sudah tentu teruja kerana destinasi yang kami bakal pergi ni terdapatnya jasad Rasulullah saw yang mulia. Tuhan saja tahu betapa berdebarnya hati ini. Siapalah yang tak teruja bila ingin jumpa baginda nabi saw.

Terngiang-ngiang kata2 seorang ustaz dalam kuliahnya tentang kemuliaan nabi Muhammad saw,

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah makhluk yang paling mulia, lebih mulia dari para malaikat, lebih mulia dari ka’bah dan lebih mulia dari amal soleh yang kita lakukan. Seluruh perkara yang berkaitan dengan baginda nabi saw mengandungi berkah dan kebaikan, baik ketika beliau masih hidup mahupun setelah baginda wafat. Kerana itu para sahabat dan para ulama2 sejak dahulu selalu menyempatkan diri untuk menziarahi makam Rasulullah…”
vlcsnap-error457
Entah bila aku terlelap, sedar2 ja, kami sudah berada di kawasan kawasan hotel sekitar Madinah. Ustaz Wadi dah dan rakan yang lain dah pun terjaga. Amir menepuk bahuku sambil berkata,

“Tu ha masjid Nabawi…”

Dalam keadaan mamai, sayup terlihat bumbung masjid Nabawi itu. Serta merta mamai tadi hilang. Seolah2 letih perjalanan yang panjang yang kami harungi tadi hilang dengan hanya melihat bumbung masjid nabi itu…

Ya Rasulallah, kami datang menziarahimu !

(Visited 92 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"