Siri 8 : Menziarahi Rasulullah

Published on 10/02/2016

12508793_564984230320031_275617983221908742_nSubuh itu aku dikejutkan rakan sebilik. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Kelam kabut bangun dari tidur. Waktu subuh dah pun masuk. Ustaz Wadi dah pun ke masjid. Awalnya beliau bangun walaupun malam tadi kepenatan yang teramat sangat selepas menempuh perjalanan jauh. Kami sampai hotel pun dah pukul 2.45 pagi. Memang penat sangat. Ikutkan nafsu mahu saja tidur lagi di bilik hotel ni yang nyaman dengan air cond ni. Tapi bodoh sangatlah kalau aku berbuat begitu. Datang jauh2 tapi tak solat berjemaaah di masjid Nabawi.

**********
Alhamdulillah, hotel yang kami menginap tak jauh pun dari masjid Nabawi. Hanya ambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke sana. Madinah memang menyejukkan. Keluar saja dari hotel udara sejuk bagai menyucuk tubuh. Tak pernah rasa sejuk begini di Malaysia. Walaupun kami memakai jaket tebal tapi kesejukan pagi di Madinah membuatkan kami terketar-ketar.

Semua orang berpusu pusu ke masjid Nabawi. Aku dan Shade yang kali pertama datang ke sini hanya mengikut Amir dari belakang. Takut2 tersesat pula nanti. Melihatkan ramainya orang dan luasnya halaman masjid Nabawi membuatkan hati ini gementar. Entahlah…

Kami mempercepatkan langkah dek kerana iqamah sedang dilaungkan tanda solat subuh bakal didirikan tak lama lagi. Nak sampai ke pintu masjid Nabawi pun mengambil masa yang agak lama. Akhirnya kami tiba di pintu masjid Nabawi tetapi solat telah pun bermula. Pak arab yang jaga kat pintu tu suruh kami solat kat tepi pintu masjid saja memandangkan ruangan dalam sudah pun penuh. Sejuknya lantai kat luar qtu Allah saja yang mengetahui. Lagi2 waktu sujud apabila dahi mencecah lantai. Memang terasa sejuk sangat. Silap aku juga kerana tak bawa sejadah. Selalunya orang akan bawa sejadah sendiri bila datang ke masjid. Siapa yang pernah mengalaminya pasti tahu bagaimana perasaan sejuk waktu tu.

*********
Usai solat subuh, orang ramai berpusu2 keluar. Program utama kami pagi itu ialah menziarahi maqam Rasulullah saw. Selepas keadaan agak sedikit lengang (baca : masih ramai), kami masuk ke dalam masjid Nabawi.

Sebelum datang ke sini, tak dapat aku bayangkan sama sekali bagaimana rupa bentuk dan seni bina Mesjid Nabawi. Ternyata tersangatlah luas. Entah berapa ratus ribu jemaahlah agaknya yang boleh ditampung masjid ini ketika solat Jumaat?

Seni bina bangunannya sangat indah. Di dalamnya terdapat lampu gantung kristal dan dihiasi oleh kaligrafi nama2 Allah dan ayat-ayat al Quran. Karpetnya pula berwarna merah dan sangat empuk. Di semua pelataran disediakan air zam zam dengan pilihan sejuk dan tidak sejuk. Beberapa kubah di dalam masjid boleh dibuka tutup untuk melancarkan perjalanan udara. Boleh anda bayangkan dengan luasnya masjid ini pasti kaki ini akan kelenguhan kalau sekiranya kita salah arah. Kerana boleh jadi kita lupa masuk dan keluar dari pintu yang mana.

*********

Sebenarnya para jemaah dibenarkan membawa kasut masuk ke dalam masjid. Pelik ke? Tak pelik. Pada mulanya aku rasa pelik tapi sebenarnya boleh sebab nak elakkan dari hilang atau kecurian. Tapi kena bawak plastik atau uncang untuk simpan kasut tu. Pastu letaklah dalam beg atau kat mana-mana contohnya dekat saf atau di tempat yang disediakan di tepi tiang.

Kami terus menuju ke Raudhah. Raudhah ertinya taman syurga, lokasinya berada di antara mimbar dengan rumah Nabi Muhammad SAW. Karpetnya berwarna hijau. Raudhah ni sentiasa penuh. Apabila sudah penuh, area itu ditutup dengan tirai sehingga tidak ada lagi jemaah yang boleh masuk.

Oleh sebab ramai jemaah yang menunggu turn (ada yang sampai berebut dan bertolak2) untuk masuk ke dalam Raudhah kami mengambil keputusan untuk menziarahi maqam Nabi saw sahaja. Kami akan masuk ke dalam Raudhah di lain waktu.

Kami masuk ke dalam barisan jemaah yang ingin menziarahi maqam nabi saw. Allah sajalah yang mengetahui perasaan aku ketika tu. Secara automatik hati ni jadi sebak. Ia bukan boleh dibuat2. Ia datang sendiri. Feel tu datang sendiri. Aku kenal diri aku. Aku ni jenis payah nak keluar air mata bila ada orang ramai. Apatah lagi menangis. Tapi entahlah, bila berada di depan maqam nabi saw yang mulia ni, air mata ni bergenang sendiri….

“Assalamu’alaika ya Rasulallah…..”, aku beri salam kepada nabi saw. Waktu tu pun suara dah tersekat2. Yang aku bayangkan ketika tu, kalaulah tubuh Rasulullah ada di depan aku waktu tu, sudah tentu aku minta izin nak peluk tubuh baginda nabi saw yang mulia tu. Nak cium dahi Rasulullah saw. Nak peluk Rasulullah lama2 walaupun aku tahu diri ini tak layak pun berbuat begitu……

(Visited 148 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"