Siri 9 : Rahsia Urut Janggut

Published on 10/02/2016

Usai menziarahi Rasulullah saw, aku berjalan-jalan di sekitar halaman masjid Nabawi. Kawasannya bersih dan teratur. Sentiasa ada pekerja yang menjaga kawasan sekitar masjid. Sedang asyik leka berjalan dan menangkap beberapa keping gambar, aku disapa seorang lelaki. Berjanggut tebal. Aku agak usianya dalam 40an. Kami berkenalan. Dari Pakistan katanya. Dia nak minta tolong aku tangkap gambar dia bersama ayahnya untuk dibuat kenangan.

Entah sejak bila aku berjalan keseorangan. Sedar2 Amir dan Shade dah hilang dari pandangan. Ustaz Wadi Annuar dan Abang Ipin memang dari subuh tadi tak nampak. Pusing merata juga la time tu mencari. Tapi tak berjumpa. Nak call tapi kad sim tak beli lagi. Akhirnya aku ambil keputusan pulang ke hotel.

********
Di luar masjid Nabawi riuh dengan para peniaga yang menjaja barangan mereka. Barangan wajib yang dijual para peniaga kat situ sudah semestinya :

-Biji tasbih, nak tasbih warna apa, besar atau kecik, kayu koka atau yang biasa semuanya dijual.12512536_565371306947990_3907399772625798880_n

-Sejadah, ramai jemaah umrah yang bila kali pertama datang tak tahu kegunaan sejadah selain untuk solat. Di sini sejadah juga boleh dibuat kelubung kepala sebab kat Madinah ni sejuk.

-Kurma, makanan wajib kat Arab Saudi ni.

-Baju sejuk, aku terpaksa beli sehelai baju sejuk kerana baju sejuk yang dibawa dari Malaysia agak nipis. Boleh dapat dalam harga 50 Riyal.

-Jubah, di kawasan bawah hotel ada kedai2 yang menjual aneka jenis pakaian selain jubah, boronglah selagi mampu. Rambang mata bila tengok jubah2 yang lawa kat sana walaupun aku bukan pemakai tegar jubah.

******

Sewaktu ronda2 di pasar madinah antara hotel dan masjid nabawi. Tak pasal2 kena tegur dengan seorang pak arab ni supaya masuk ke kedai dia.

“Hajji, hajji, apa khabar??”, dia bertanya dgn bahasa melayu.

Dia salam tangan aku. Aku senyum ja. Aku tak pelik pun dia boleh cakap melayu. Turun dari Jeddah menuju ke Madinah ni pun ada ramai pak arab yg boleh cakap melayu.

Dia promote tasbih kayu koka di kedai dia. Harganya 30 Riyal. Kemudian dia promote minyak wangi. Seterusnya barangan lain. Aku sebenarnya malas nak beli. Lagipun aku tak pasti harga tu berpatutan atau tidak dengan barang yang ditawarkan. Tapi bila tengok pak arab yg bersungguh2 promote tu jadi kesian pulak. Aku kata kat dia, aku akan beli biji tasbih tu kalau harga dia 10 Riyal. Dia setuju. Tu pun lepas lawan harga sambil pegang pipi dan urut janggut…

(Visited 115 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"