Siri 1 : Pertama Kali Bersua Ustaz Wadi

Published on 10/02/2016

12508949_562179577267163_8619715011355985521_nLebih kurang pukul 9.30 pagi, 12 Disember 2015 aku berangkat ke masjid At Taqwa, Bertam untuk bertemu ustaz Wadi Anuar. Hari itu kuliah last ustaz Wadi di masjid tersebut sebelum berangkat ke Tanah suci bersama team Zonkuliah bagi menjayakan projek akhir tahun Zonkuliah : ZiarahKisah. Semua team Zonkuliah akan berkumpul di situ dan seterusnya meneruskan perjalanan ke KLIA.

Sampai di masjid, ustaz Wadi telah pun memulakan kuliah dhuhanya. Sebenarnya aku tak berapa kenal ustaz Wadi Anuar ni walaupun team Zonkuliah selalu merakam kuliah2 beliau. Tak tahu dia jenis peramah atau senyap. Ataupun jenis cakap banyak. Haha. Bukan apa, ada jenis ustaz kuliahnya lantang tapi bila bersembang biasa senyap saja. Sikit saja yg keluar suaranya. Ada yang suka melawak time kuliah tapi bila berdepan serius. Ada yang garang masa kuliah tapi kalau diajak bersembang tak cukup mulut nak gelak.

Alhamdulillah, pelajar lulusan Syria selama 7 tahun ni peramah orangnya. Baik. Friendly. Sementara menunggu ahli2 Zonkuliah yg lain tiba, sempat la aku mendengar kuliahnya. Huraian kitab Fiqh Manhaji bahagian muamalat.

*************

Usai kuliah, semua jemaah bersalam dan berpelukan dengan ustaz Wadi. Aku yang pada mulanya melihat sahaja di bahagian belakang mendekatinya perlahan. Masa tu ustaz sedang berbual dengan seorang perempuan yang umurnya lewat 40an. Ada seorang budak lelaki berumur lingkungan 12 tahun bersama perempuan tersebut. Anaknya. Mungkin dia nak daftar anaknya ke maahad tahfiz ustaz Wadi. Ustaz Wadi sekarang sedang menguruskan sebuah Maahad tahfiz di di Taman Ria, Sungai Petani dan dua buah tahfiz lagi sedang dibangunkan. Salah satunya di Sarawak.

Aku menghampiri ustaz. Kami bersalaman.

“Ustaz, saya ikut sekali ke Makkah dengan ustaz..”, aku membuka bicara.

“ Owh ya kaa…”

Kami berbual seketika dan berkenalan di situ. Itulah first time berbual dengan agak lama dengan ustaz Wadi Anuar.

“Lama lagi ka depa nak sampai?”, tanya ustaz kepadaku melihatkan ahli2 yang lain masih tidak sampai.

“Abang Ipin kata tengah otw. Mungkin dalam setengah jam lagi depa sampai sebab nak ambik seorang kawan lagi kat Sungai Dua..”, aku menjelaskan. Jam pada waktu tu menunjukkan pukul 11.15 pagi. Mungkin sebentar lagi mereka sampai…

(Visited 1,898 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"