Siri 11 : Doa Dua Malaikat

Published on 17/02/2016
Catatan Travelog ZiarahKisah Zonkuliah :
Selasa, 15 Disember 2015. (Siri 11)
 
Kami pulang dari bukit Uhud sekitar jam 9 malam. Sebelum tu kami sempat solat maghrib di masjid Sab’ah atau lebih dikenali dengan panggilan masjid Tujuh. Masjid ini beserta enam masjid yang lain dahulunya di zaman Rasulullah saw ia menjadi tempat pos kawalan para sahabat semasa peperangan Khandaq.
 
Selesai buat sedikit rakaman di situ, kami terus menuju ke hotel Diyar Amal yaitu hotel di mana kami menginap. Difahamkan mutawif kami, ustaz Ashan sudah pun tiba pada waktu maghrib tadi di hotel kami. Ustaz Ashan adalah pelajar lulusan Syria dan kenalan lama ustaz Wadi Annuar semasa di sana. Dia fasih berbahasa arab. Pandai berinteraksi. Sekarang ni dia bekerja sebagai guru di Yayasan Khairiyah, Baling.
********
vlcsnap-error492Hari kedua di Madinah, pagi itu, aku berjalan ke masjid Nabawi bersama ustaz Ashan. Seperti biasa, Waktu pagi di Madinah memang sejuk. Aku masih tak dapat sesuaikan diri dengan cuaca yang terlampau sejuk di sini. Cuacanya hampir mencecah 10 darjah celsius. Rakan2 yang lain telah pun ke masjid lebih awal. Entah di mana mereka tidaklah aku ketahui. Tapi kami semua dah berjanji akan bertemu di pintu utama perkuburan Baqi’ selepas solat subuh. Kami akan buat sedikit penggambaran di sana nanti.
 
Pagi ni juga dapat pengalaman baru dari ustaz Ashan. Selama ni aku hanya dengar saja hadist dari kuliah2 maghrib tentang dua malaikat yg mendoakan kebaikan jika kita bersedekah pada subuh hari dan dua malaikat yang mendoakan celaka kepada orang yg kedekut dan bakhil. Dok dengar tapi tak pernah praktik pun.
 
Lepas solat subuh di masjid Nabawi tadi ustaz Ashan menegur seorang lelaki. Orang India. Ustaz Ashan kemudian memberikan sedekah berupa wang riyal. Lalu berbual sedikit dengannya dalam bahasa arab. Kemudian lelaki india itu mengangkat tangan berdoa sambil diaminkan oleh ustaz Ashan. Kelihatannya dia tersenyum2 sebelum berlalu pergi.
 
“Ustaz, ustaz suruh dia doa apa?”, aku yang sedari tadi melihat terus bertanya.
 
“Ana suruh dia doa benda2 baik kat ana. Kan ada hadist nabi saw menyebut tentang dua malaikat yg mendoakan kebaikan jika kita bersedekah selepas waktu subuh dan yang mendoakan celaka bagi orang yg kedekut.”
 
Lalu ustaz Ashan membacakan hadist riwayat Abu Hurairah yg bermaksud,
 
“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”
Selama ni dok dengar ja hadist tu tapi tak terbuat pun. Malah tak terfikir pun nak menggembirakan saudara seislam kita yg mungkin pada subuh hari memerlukan sedikit rezeki untuk makan atau kesempitan wang. Seriusly waktu tu baru berasa nak buat. Teringin nak didoakan oleh orang2 miskin yang memerlukan bantuan.
********
 
Aku keluarkan beberapa keping duit kertas berharga 10 riyal. Dalam perjalanan menuju ke perkuburan Baqi’ aku tercari2 orang yang sesuai untuk aku sedekahkan duit 10 riyal di tangan ni. Hinggalah sampai di pintu masuk perkuburan Baqi’ aku ternampak dua orang warga Indonesia sedang membaca doa di hadapan perkuburan Baqi’. Pakaian mereka agak lusuh. Mereka berdua hanya berkaki ayam. Umur mereka dalam lingkungan bawah 30an. Pun begitu mereka kelihatan seperti pelajar pondok. Entahlah, hanya tekaan aku.
 
Ketika itu ustaz Ashan sedang berbual dengan polis yang bertugas menjaga perkuburan tersebut.
 
Aku beri salam kepada mereka berdua. Selepas mereka menjawab salam, aku terus hulurkan duit kertas 10 Riyal tu kepada salah seorang daripada mereka.
 
“Apa inii??”, dia bertanya kehairanan. Kawannya yang berada di sebelah pun kelihatan agak terkejut.
 
“Ini sedekah sedikit untuk abang berdua..”, kataku.
 
“Owh, terima kasih ya pak…”, dia mengucapkan terima kasih walaupun masih teragak2 untuk menerima duit yang aku berikan.
 
“Abang, tolong doakan saya….”
 
“Owh, mahu didoakan, ayo angkat tangannyaa…!”, dia menyuruhku. Seolah faham apa yang aku inginkan. Ya. Aku inginkan doa kebaikan. Kumat kamit dia membaca doa. Aku dan kawannya hanya mengaminkan doa yang dibaca.
 
Sebelum mereka beredar, salah seorang daripada mereka berterima kasih kepadaku.
 
“Terima kasih sekali lagi pak. Memangnya kami tak makan apa2 dari malam tadi…”
 
Kata2nya membuat aku kelu. Aku hanya melihat mereka beredar pergi selepas itu…
 
BERSAMBUNG….
(Visited 95 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"