Advertisements

Siri 12 : Nisan Tak Bertanda

Catatan Travelog ZiarahKisah Zonkuliah :
Selasa, 15 Disember 2015. (Siri 12)

Perkuburan Baqi’ terletak di bahagian timur masjid Nabawi. Pada mulanya aku ingat kena naik bas jika nak ke sana, rupanya hanya bersebelahan sahaja dengan masjid. Sampai sahaja di pintu masuk perkuburan tersebut ada lebih kurang empat atau lima askar arab saudi menjaga ketat pintu tersebut, tak perlu pedulikan mereka, terus masuk dan kit12509573_567017096783411_1698991202035595626_na akan nampak betapa luasnya kawasan perkuburan Baqi’ tersebut.

Di sinilah kubur ribuan umat islam yang meninggal di Madinah ditempatkan. Kubur2 tersebut hanya dikambus dengan tanah kering dengan dua batu biasa sebagai penanda setiap kubur.

Tidak ada batu nisan yang tertulis nama seperti di Malaysia.

Tanahnya hampir rata dan kering kontang tanpa ada tumbuh-tumbuhan. Batu nisannya pula, tak bertanda (tak ada tulisan atau catatan apa pun), dan berbagai bentuk dia. Khabarnya dulu memang ada tanda, tapi kemudian telah dimusnahkan tanda-tanda tu di atas arahan pemerintah Arab Saudi. Tak macam batu nisan di Malaysia, bentuknya sama sahaja, di sini pula batu nisannya bermacam-macam rupa. Ada yang macam batu, ada yang macam tunggul ja. Kalau aku ditakdirkan mati di Madinah dan dikebumi di sini, sudah barang pasti ahli keluarga aku tak kan tahu yang mana satu kubur aku. Huhu..

******

Udara pagi yang sejuk12565453_567019583449829_8510649639915191595_n dan nyaman di perkuburan Baqi’ memang menenangkan. Burung merpati pula memang banyak di situ. Ia berterbangan bila para jemaah cuba mendekati.

Sebenarnya banyak kawasan kat Madinah ni yang kita tak boleh buat rakaman menggunakan kamera. Termasuklah kat perkuburan Baqi’ ni. Jadi kami hanya membawa kamera2 kecil sahaja sekadar untuk buat rakaman. Rakaman pula perlu dilakukan dengan berhati2 dan sembunyi2 supaya tak dikesan oleh pak arab yang menjaga di situ.

Setakat yang aku ingat, apabila mula-mula masuk ke kawasan perkuburan ini, beberapa tapak ke hadapan dan di sebelah kanan terletak kubur puteri-puteri Rasulullah saw dan kalau jalan lagi beberapa tapak ke hadapan akan jumpa kubur kesemua sembilan isteri-isteri Rasulullah saw.

Jalan lagi ke hadapan kita akan jumpa kubur anak lelaki Rasulullah saw yang meninggal dunia masa kecil iaitu Ibrahim. Kuburnya adalah yang paling kecil di situ.

Sudah tentulah ketua bagi penduduk perkuburan Baqi’ ini adalah sahabat nabi saw, juga menantu kepada dua puteri nabi saw yaitu saiyidina Usman bin Affan. Di perkuburan ini juga tersimpannya jenazah Imam Malik dan guru beliau Imam Nafi’.

Rasulullah saw pernah bersabda, “Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.

BERSAMBUNG…

(Visited 2 times, 1 visits today)
Advertisements

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT


Warning: Illegal string offset 'category' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 132

Warning: Illegal string offset 'tags' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 133

Warning: Illegal string offset 'post_ids' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 134

Warning: Illegal string offset 'number_of_headlines' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'number_of_headlines' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'number_of_days' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 136

Warning: Illegal string offset 'order_by' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 137

Warning: Illegal string offset 'order_by' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 137