Advertisements

Siri 13 : Rakaman Peristiwa Di Uhud

Catatan Travelog ZiarahKisah Zonkuliah :
Selasa, 15 Disember 2015. (Siri 13)

Seperti yang dirancang, pagi itu kami akan pergi sekali lagi ke Jabal Rummah (bukit pemanah) selepas tergendala kerana ‘diganggu’ oleh polis arab kelmarin. Hikmahnya selepas kejadian tu, Amir dapat satu idea baru berkaitan projek ZiarahKisah ni. Ideanya nampak menarik. Yaitu buat tazkirah live dari dalam kereta khas untuk follower Zonkuliah.

Kali ini kami menuju ke sana dengan menaiki dua buah kereta bersama Faiz dan seorang kawannya yang juga belajar di universiti 12373183_551884044963383_4255887443084435804_nMadinah.

Sebelum ke sana, kami singgah di sebuah kedai telekomunikasi untuk membeli simkad arab saudi. Ada 3 jenis pilihan bila kita nak beli kad sim di sini, yaitu Zain KSA, STC dan Mobily. Tak kiralah simkad jenis apapun, bagi aku janji boleh call, berFacebook dan Whatsapp ia sudah memadai. Dah dua hari tak berhubung dengan emak di tanah air. Sahih risau orang tua tu..

*******
Sekali lagi kami singgah di masjid Qiblatain. Ustaz Wadi dan Shade masuk sebentar ke dalam masjid untuk buat sedikit rakaman. Seperti di masjid Nabawi, di masjid ini juga pada waktu pagi akan ada peniaga jalanan yang menghamparkan tikar menjual barangannya. Kebanyakan peniaga di situ terdiri daripada kaum wanita. Semuanya berpurdah dan berpakaian hitam. Memang tak jumpa la di sini orang perempuan yang memakai pakaian ketat atau tak menutup aurat. Semuanya kemas menutup aurat. Sempat juga aku membeli beberapa helai seluar jubah kat situ. Kainnya lembut walaupun murah…

Selesai rakaman, kami terus menuju ke Jabal Rummah di kawasan Uhud. Rakaman berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Berdiri di atas Jabal Rummah mengingatkan aku tentang peristiwa peperangan uhud masa dulu.

“Bagaimana dulu ya, para pejuang islam melepaskan dan membidik panah kepada tentera2 musyrikin? Apatah lagi mungkin pada waktu itu cuaca sangat panas..”, situasi peperangan getir waktu itu sentiasa bermain di fikiran.

Peperangan uhud juga menyaksikan syahidnya bapa saudara nabi saw yaitu Hamzah bin Abdul Mutalib dan salah seorang sahabat nabi yang terkenal yaitu Mus’ab bin Umair.12509480_567397356745385_1411370229877414475_n

Bapa saudara nabi, Saiyidina Hamzah Bin Abdul Mutalib telah mati dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saiyidina Hamzah. Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.

Gunung Uhud pernah dilanda banjir besar hingga menyebabkan tanah di beberapa bahagian di Gunung Uhud terhakis. Salah satu tempat yang terjejas adalah makam Saiyidina Hamzah dan beberapa sahabat lain hingga jasad mereka nampak di permukaan tanah. Diriwayatkan, jasad mereka masih kelihatan utuh meskipun telah lama tahun dikebumikan.

Bahkan luka di badan saiyidina Hamzah itu masih mengalir darah segar seperti jasad orang yang baru saja meninggal. Kini, makam saiyidina Hamzah dan dua orang sahabat nabi saw dipagar oleh kerajaan arab saudi bersebelahan Jabal Rummah…

BERSAMBUNG…

(Visited 2 times, 1 visits today)
Advertisements

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT


Warning: Illegal string offset 'category' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 132

Warning: Illegal string offset 'tags' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 133

Warning: Illegal string offset 'post_ids' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 134

Warning: Illegal string offset 'number_of_headlines' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'number_of_headlines' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'number_of_days' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 136

Warning: Illegal string offset 'order_by' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 137

Warning: Illegal string offset 'order_by' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 137