Advertisements

Siri 14 : Santapan Rohani Masjid Nabawi

Catatan Travelog ZiarahKisah Zonkuliah :
Selasa, 15 Disember 2015. (Siri 14)

Petang itu sebelum waktu Maghrib aku dan Shade berjalan perlahan menuju ke masjid Nabawi. Kalau keadaan mengizinkan, kami akan buat sedikit rakaman dalam masjid Nabawi selepas solat maghrib. Ser12642881_568536369964817_6078520912009904274_nonok bila berjalan menuju ke masjid begini. Tenang sahaja. Semua orang pun begitu. Berduyun2 menuju ke masjid…

Setibanya di pintu masjid Nabawi, azan telah pun berkumandang. Kami terus masuk ke dalam masjid untuk solat sunat. Setiap hari pada waktu maghrib di Masjid Nabawi akan disediakan hamparan-hamparan makanan untuk jemaah yang berpuasa berbuka. Suasananya cukup meriah! Tersedia kurma, air zam zam, roti, dadih dan beberapa makanan lagi. Pilihlah yang mana kita suka. Em, sebenarnya yang tak puasa pun boleh join makan sekali. Haha..

Kami terus ke kawasan tengah masjid mencari tempat yang agak selesa untuk solat sunat. Waktu tu di bahagian saf depan memang penuh dah. Apatah lagi Raudhah, memang sentiasa penuh.

********
Usai solat maghrib, aku mencari2 halaqah ilmu di dalam masjid Nabawi. Sambil menunggu waktu solat isyak tiba, lebih baik masa yang ada diluangkan dengan halaqah2 ilmu di sini.

Oleh sebab Shade masih sibuk berzikir, aku hanya berjalan seorang diri.

Ada banyak halaqah ilmu di sini. Masing-masing senyap, tekun dan khusyuk mendengar sheikh menyampaikan ilmu. Tiada jenaka, hiburan dan emosi, melainkan tump12552667_568549729963481_6371881369457315952_nuan penuh dari hati. Masing-masing fokus hanya kepada bicara sheikh untuk ditangkap ilmu itu dan dimasukkan ke dalam hati masing-masing.

Ada beberapa halaqah di dalam Masjid Nabawi. Terpulang kepada kemahuan masing-masing. Nak duduk di majlis yang mana satu. Yang hadir adalah yang benar-benar mahu mendengar dan belajar. Para hadirin disegarkan hati mereka dengan kalam-kalam sheikh yang sarat dengan nas dari al-Quran dan hadist.

Cara penyampaian antara satu majlis dengan satu majlis pun adalah berbeza. Ada yang caranya seorang murid baca hadist satu persatu dan setelah murid habis membaca sheikh menghuraikan hadist tersebut.

Ada yang caranya macam ceramah yang biasa kita lihat di negara kita, yakni si pengkuliah akan terus memberikan ceramahnya sambil didengar para jemaah.

Ada syeikh yang mengajar tafsir Al Quran. Aku dapati pelajaran tafsir Al Quran amat diminati di kalangan jemaah di sini. Ramai yang mengerumuni syeikh yang mengajar tafsir tersebut. Syeikh yang menyampaikan ilmunya tu pun amat bersemangat melantunkan syarahan2nya.

Aku terus berjalan hingga berjumpa satu halaqah yang mengajar baca Al Quran. Ada 10 orang sedang duduk membentuk satu bulatan sementara salah seorang daripada mereka membaca Al Quran sambil disemak oleh seorang syeikh. Aku mengambil senaskah Al Quran lalu duduk dalam kumpulan tersebut. Di sebelah kiriku ada seorang tua dari India dan di sebelah kanan aku seorang lelaki arab dalam lingkungan 40an. Oh ya, di tengah2 kumpulan tersebut ada seorang lelaki dari Indonesia. Dia kelihatan tenang. Kami senyum bila bertentang mata..

Seorang demi seorang membaca Al Quran sambil disemak oleh syeikh tersebut. Setiap kali murid yang membaca tersalah dia akan menegur dan kemudian membetulkannya. Cekap betul beliau mengemudi halaqah tersebut.

Aku menunggu giliran untuk membaca namun hampa kerana syeikh itu langsung tidak menyuruhku untuk membaca. Mungkin syeikh tu ingat aku duduk sekadar untuk mendengar sahaja.

Semoga ALLAH me12346565_1222339027793067_7917808122078090244_nmberkati para penyampai dan pencinta ilmu di masjid Nabawi dan di tempat2 lain.

BERSAMBUNG….

(Visited 2 times, 1 visits today)
Advertisements

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT


Warning: Illegal string offset 'category' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 132

Warning: Illegal string offset 'tags' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 133

Warning: Illegal string offset 'post_ids' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 134

Warning: Illegal string offset 'number_of_headlines' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'number_of_headlines' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'number_of_days' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 136

Warning: Illegal string offset 'order_by' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 137

Warning: Illegal string offset 'order_by' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 137