Advertisements

Siri 15 : Badwi Putih Di Badar

Catatan Travelog ZiarahKisah Zonkuliah :
Rabu, 16 Disember 2015. (Siri 15)

Lebih kurang pukul 7.15 pagi, kami menuju ke Badar dengan menaiki sebuah van yang dipandu Faiz dan ditemani kawannya. Untuk ke Badar, kami dinasihatkan supaya bertolak awal untuk mengelak daripada pemeriksaan polis di pertengahan jalan. Takut juga kalau2 kami tak berjaya melepasi checkpoint untuk ke sana nanti sebab Badar adalah salah satu tempat penting yang perlu kami pergi.

12360184_1222818274411809_3489299390702600321_n
Klik Gambar Untuk Menonton Video Badwi Putih Di Badar

Pagi itu jalan menuju ke Badar agak lengang. Jalanraya di arab Saudi tidaklah sama seperti di Malaysia. Di sini jalan rayanya memanjang, kiri dan kanannya pula hanyalah pemandangan bukit bukau, pokok2 padang pasir yang cuma tinggal ranting2 kering yang berduri. Bukitnya pula terdiri daripada batu2 pejal yang berlekuk2.

“Ya Allah, bagaimana agaknya perjalanan nabi saw dan para sahabat sewaktu pergi ke Badar dahulu?”, hati ni berdetik bila melihat bukit bukau yang keras diperbuat daripada batu itu.

********
Van yang kami naiki ditahan oleh seorang askar lengkap dengan senjata di satu kawasan checkpoint. Semua kelengkapan rakaman yang terdiri daripada laptop dan kamera terpaksa kami sorokkan dahulu. Waktu tu kalau dia periksa van kami memang kantoi punyalah sebab perkakas untuk rakaman memang banyak kami bawak.

Askar tersebut menyuruh pemandu kami, Faiz supaya keluar. Dia kemudiannya dibawa masuk ke dalam sebuah pondok pemeriksaan di situ. Kami semua hanya menunggu sahaja di dalam van. Ustaz Wadi keliharan tenang sahaja. Dia menyuruh kami semua berselawat ke atas nabi saw agar perjalanan kami ke Badar tidak tergendala.

Tak lama kemudian Faiz keluar dari pondok pemeriksaan tersebut. Kata Faiz, askar arab tu hanya nak periksa iqamah (kad pengenalan diri) sahaja. Yang lain tiada masalah.

Alhamdulillah. Perjalanan kami tak tersekat di sini. Kami meneruskan perjalanan ke Badar dengan hati yang gembira kerana berjaya melepasi satu2nya checkpoint ke Badar.

*******
Sebelum sampai di Badar, kami terpegun dengan bukit2 pasir di situ. Ia terlalu cantik dan indah sehingga menuntut kami utk berhenti merasai salah satu nikmat ciptaan Allah swt yang satu ni. Angin bertiup agak kencang di kawasan itu. Bukit pasir di situ memang tinggi. Pasirnya halus. Terlalu halus. Ia berbeza dengan pasir pantai. Di bahagian atasnya agak panas tetapi sejuk di bahagian dalam. Terasa nyaman bila kita tenggelamkan kaki ke dalam pasir tersebut.

Ustaz Wadi dan Shade sibuk buat rakaman di sekitar bukit pasir tersebut. Abang Ipin dan ustaz Ashan pula sibuk tangkap gambar untuk dibuat kenangan. Di sinilah ustaz Ashan digelar ‘Badwi Putih’ oleh ustaz Wadi. Ia berlaku tanpa dirancang dan rasanya gelaran akan melekat dengan ustaz Ashan. Amir lain pula ceritanya. Dia punya teruja bila jumpa bukit pasir ni lain macam sikit. Siap berguling2 dari atas bukit sampai ke bawah. Ini teruja tahap ultraman dah ni. Waktu ini, aku sudah pun berada di puncak bukit pasir setelah berpenat lelah mendaki seorang diri. Angin bertiup amat kencang di atas ni. Walaupun matahari sudah naik, suhu panasnya ‘dicover’ oleh cuaca sejuk dan angin yang kencang tadi.

Inilah kali pertama aku dan mungkin sekali team Zonkuliah bermain di bukit pasir ni. Ia adalah salah satu nikmat di dunia ni yang jarang2 kita dapat. Tak salah rasanya bila kami jadi ‘gila’ sekejap. Travel umrah pun belum tentu berhenti di kawasan bukit pasir macam ni. Kami ni kira bertuah dapat merasa, bermain dan siap berguling2 di sini. Haha.

Mesti anda tertanya2 di mana Faiz dan kawannya. Mereka berdua ada dalam van. Dari kejauhan, mereka melihat sahaja kami ‘bermain’ pasir di sini. Pasti mereka kehairanan melihat keterujaan tahap gaban kami bila terjumpa bukit pasir di sini.

BERSAMBUNG….

(Visited 3 times, 1 visits today)
Advertisements

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT


Warning: Illegal string offset 'category' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 132

Warning: Illegal string offset 'tags' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 133

Warning: Illegal string offset 'post_ids' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 134

Warning: Illegal string offset 'number_of_headlines' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'number_of_headlines' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'number_of_days' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 136

Warning: Illegal string offset 'order_by' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 137

Warning: Illegal string offset 'order_by' in /home2/waepqq0acymi/public_html/wp-content/themes/videopro/inc/widgets/popular_posts.php on line 137