Siri 16 : Bukti Iman Di Badr

Published on 17/02/2016

Catatan T ravelog ZiarahKisah Zonkuliah :
Rabu, 16 Disember 2015. (Siri 16)

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam di hati sanubari mereka. Dengan keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah teaslah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang sentiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.

******
Perjalanan menuju ke Badar memakan masa lebih kurang empat jam dari Madinah Al Munawwarah. Kami tiba tepat di pintu masuk perkuburan para sahabat yang gugur syahid sewaktu peperangan Badar dahulu. Pun begitu kami tidak dibenarkan masuk oleh penjaga kawasan perkuburan tersebut.

Ada dinding tinggi mengepung kawasan perkuburan Badar itu. Kami cuba memanjat dinding itu untuk meliha
t kawasan kubur itu. Apa yang kami nampak, ia tak seperti kawasan perkuburan pun. Tanahnya rata sahaja. Kawasan itu dipenuhi batu bata yang berselerak.

Sebenarnya kami dah berputus asa untuk masuk ke dalam kawasan perkuburan Badar tersebut, tapi entah bagaimana pak arab yang menjaga perkuburan itu tiba2 membenarkan kami masuk. Mungkin dia kasihan melihat kami terjenguk2 dari sebalik dinding tinggi yang mengelilingi kawasan perkuburan itu.

Nama penjaga kubur tu Abu Khalid. Badannya gempal. Kulitnya sedikit gelap. Dia memakai igar seperti kebiasaan orang arab dan mengenakan kaca mata gelap. Wajahnya nampak garang tetapi ramah bila diajak berbicara dengan ustaz Ashan. Dia hanya membenarkan kami masuk sebentar sahaja. Peluang yang kami dapat itu kami gunakan sebaiknya dengan mengambil gambar suasana perkuburan Badar itu dari dekat. Kata Abu Khalid, kalau nak tangkap gambar penuh perkuburan Badar ni, kena naik atas bukit batu di hujung perkuburan itu.

******
Di luar perkuburan Badar, ada satu papan tanda yang tertulis nama2 para sahabat yang gugur syahid dalam peperangan Badar. Semuanya ada 14 nama. Antaranya Umair bin Abi Waqqash yaitu adik kepada Saad bin Abi Waqqash, Safwan bin Wahab, Yazid bin Harist dan ramai lagi.

******
Selesai rakaman di kawasan Badar, kami solat Zuhur di masjid Arish. Masjid cantik yang berwarna putih ini dikatakan dulunya adalah tempat di mana nabi Muhammad Saw bermunajat kepada Allah swt sebelum berlaku perang Badar. Menghayati munajat Rasulullah saw pada malam hari sebelum berlakunya perang Badar itu sudah pasti membuatkan air mata ini mengalir.

Antara bait doa Rasulullah saw ketika itu, “Ya Allah, penuhilah untukku apa yang Kau janjikan kepadaku. Ya Allah, berikan apa yang telah Kau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau biarkan pasukan Islam ini binasa, tidak ada lagi yang menyembah-Mu di muka bumi ini.”

Baginda terus menerus meminta pertolongan dan berdoa kepada Allah sehingga jatuhlah kain serban dari kedua bahunya. Saiyidina Abu Bakar menghampiri dan meletakkan kembali kain serban itu di bahu baginda saw. Abu Bakar terus berada di belakang Rasulullah saw, lalu berkata:

“Wahai Nabi Allah! Inilah sumpahmu kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia akan memenuhi apa yang dijanjikan-Nya kepadamu.”

Bila kita berfikir dengan otak kita maka sangat mustahil tentera islam akan mampu mengalahkan pasukan yang begitu besar dan menggunakan peralatan yang canggih pada masa itu, tapi sekali lagi keimanan dan keyakinan yang sempurna mengalahkan segala bentuk keraguan kerana mereka adalah pahlawan Badar, orang3 yang telah Allah swt pilih untuk mendampingi kekasih Allah yaitu Rasulullah saw.

Keimanan mereka mencapai titik sempurna, andai kata hati mereka dikeluarkan dan dicacah, maka tak akan ada satu12366297_1222816571078646_6406207309043594154_n ruang pun yang berisikan kecintaan melebihi kecintaan terhadap Allah swt dan RasulNya.

******
Sebelum pulang ke kota Madinah, kami ‘berkelah’ seketika di tepi masjid Arish. Kali ni kami ditemani oleh satu keluarga melayu yang menetap di Jeddah yang juga turut ‘berkelah’ di situ. Seronok sungguh mereka bila terserempak dengan ustaz Wadi dan team Zonkuliah. Mereka memang peminat kuliah2 ustaz Wadi lebih2 lagi kuliah sirah Nabawiyah ustaz Wadi di YouTube.

Terubat rindu kami dengan masakan di tanah air bila keluarga tersebut memberikan sambal sotong kepada kami. Sejak berada di sini, menu utama kami hanya nasi mandy dan daging kambing. Payah sungguh nak jumpa makanan pedas. Almaklumlah orang arab tak suka masakan pedas seperti kita di Malaysia. Barangkali mereka muntah hijau jika diberi sambal belacan masak tumis…

BERSAMBUNG….

(Visited 18 times, 1 visits today)
Advertisements
Enjoyed this video?
"No Thanks. Please Close This Box!"