Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang telah berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh pada 5hb September 2016.
Isi penting
Tidak ada hari-hari yang lebih baik disisi Allah, dan tidak ada amal yang dilakukan pada hari-hari itu yang lebih Allah Taala suka, yakni hari yang 10 ini
Perbanyakkanlah pada 10 hari ini, sebut tahlil, takbir dan zikrullah
Puasa sehari bersamaan puasa setahun, amal kebaikan digandakan sehingga 700 kali ganda
10 hari dan malam yang teristimewa disisi Allah
Sebaik-baik hari ialah hari yang 10 berdasarkan hadis Nabi
Allah bagi kepada kita peluang kedua dalam bulan Zulhijjah selepas bulan Ramadan
Istimewanya 10 hari awal bulan Zulhijjah berdasarkan hadis dan quran
Pahala setiap huruf bagi orang yang baca Quran
Jangan lepaskan peluang keemasan - jadikan ianya berbeza dari hari-hari lain
Isi masa dengan amalan-amalan yang baik - zikir sambil memandu kereta
Banyakan bersedekah dan infak ke jalan Allah
Hindarkan diri daripada buat dosa
Serulah manusia mengerjakan ibadah haji dan umrah
Saudi tidak pernah buat iklan tahun melawat Mekah dan Madinah
Manusia akan pergi haji dan umrah walaupun terpaksa berjalan kaki
Hari wukuf, cuaca dijangka 50 darjah celcius
Jika tidak mampu mengerjakan ibadah haji, buatlah amalan yang boleh mendapatkan pahala seumpama mengerjakan ibadah haji
Pahala untuk orang yang keluar rumah ke masjid untuk solat fardhu, dalam keadaan siap bersuci
Keluar dari rumah dengan niat nak solat sunat dhuha
Hati sentiasa teringat nak solat selepas selesai solat
Allah sediakan ganjaran hebat, kerana tak ramai orang boleh buat
Pahala untuk puasa di bulan Zulhijjah
Nabi tak tinggal puasa hari Asyura, 9 hari dibulan Zulhijjah dan pilih 3 hari dalam sebulan
Paling kurang kita buat puasa hari Arafah
Hari yang Allah pilih untuk membebaskan seberapa ramai hambaNya dari Neraka
Allah bangga dengan manusia di depan malaikat
Jangan lepas peluang buat ibadah korban
Bukan darah dan daging haiwan yang Allah nak, melainkan ikhlas dan taqwa
Manusia nak cari pahala, walaupun harga satu bahagian korban mahal
Satu amalan yang paling Allah suka semasa raya Haji
Disuruh untuk pakai baju baru pada hari raya
Binatang korban akan datang pada hari akhirat sebagai bukti ibadah kita
Sebelum darah menitik ke tanah, Allah telah redha kepada orang yang laksanakan ibadah korban
Bersihkanlah hati dengan ibadah korban - buang sifat bakhil dan kedekut
Spoiler macam tiang gol di belakang kereta
Kita berkira dalam perkara agama
Nak pi mengaji pun tengok pokok hujan dulu
Kita tak gelut dalam hal-hal kebaikan
Setiap helai bulu binatang, dapat 10 pahala
Sepanjang 10 tahun Nabi di Madinah, tak pernah tinggal ibadah korban