Menyiapkan halaman ZonKuliah…
Terima kasih menunggu sebentar.Menyiapkan halaman ZonKuliah…
Terima kasih menunggu sebentar.
Soalan yang orang biasa tanya, dijawab dengan bahasa biasa. Kalau masih keliru, beritahu kami—kami akan tambah jawapan yang membantu.
Eh, tak perlu pun! Anda boleh terus dengar dan tonton macam masuk perpustakaan awam. Buka dan terus hadam. Cuma, kalau daftar akaun percuma, sistem boleh tolong simpankan 'bookmark' (kemajuan) dan nota peribadi anda. Senang cerita, esok lusa kalau nak sambung balik, singgah je kat 'Dashboard Saya'.
Benda yang sama, cuma cara nak 'layan' tu berbeza. Kalau tengah memandu atau sibuk buat kerja, pasang audio pun dah cukup (jimat kuota dan ringan sikit). Kalau nak tengok muka ustaz, rujuk kitab, atau tengok suasana kuliah, boleh buka video. Sepatutnya maklumat macam jilid, muka surat, dan tarikh sama je antara kedua-duanya. Tapi kalau anda perasan ada maklumat yang tersilap, tolong maklumkan ya!
Sebahagian arkib ZonKuliah akan menyimpan pautan video live kuliah lama sebagai 'bukti sejarah'. Link rakaman live ni memang banyak kekurangannya, kadang-kadang internet tak stabil, siaran terputus, audio tak jelas, video kabur, letrik putus dan macam-macam lagi drama! Tapi yang seronoknya, dalam video live ni kami siarkan wajah penonton dan suasana jemaah (suasana yang tak ada dalam video remaster). Jadi kalau anda pernah hadir masa kuliah ni berlangsung, bolehlah tengok rakaman ni. Mana tahu ada muka anda terselit tengah khusyuk di celah jemaah! :)
Asalnya kami nak panggil 'Highlight', tapi 'Menarik' kan bunyi lebih mesra? Di sini kami kongsikan pautan, berita, atau video best yang kami terjumpa di celah-celah media sosial untuk dipaparkan di web. Kredit dan pautan asal kekal milik penerbit. Nak layan sampai habis, klik je link tu pergi ke sumber asal.
Boleh sangat, malah sangat dialu-alukan! Untuk ahli yang dah sahkan e-mel, anda boleh tampal pautan di ruangan 'Cadangkan Kandungan' dan cerita sikit kenapa benda tu best. Tapi... kenalah lalu 'kastam' admin/mod dulu untuk disemak sebelum diterbitkan. Kita nak pastikan tak ada benda pelik-pelik terlepas masuk!
Jangan marah, ini prosedur biasa nak elakkan spam bot masuk berjoget dalam sistem kita. Lagipun, kalau anda terlupa kata laluan nanti, senang nak tolong. Tanpa sahkan e-mel pun anda masih boleh layan kuliah macam biasa. Kalau tak jumpa e-mel pengesahan, boleh klik 'hantar semula' dari Dashboard Saya (jangan lupa cari dalam folder spam juga tau! kadang-kadang e-mail ni menyorok kat situ).
'Dashboard Saya' tu ibarat bilik rahsia peribadi anda di ZonKuliah. Kat situlah segala kemajuan dengar/tonton, 'Nota Saya', kad jemputan, dan pesanan dari kami disimpan. Kalau nampak ada poin XP tu, itu sekadar lencana tanda perjalanan anda je, bukan untuk masuk pertandingan cari pemenang.
Hahaha, bukan! Pentas Sahabat ni sekadar cara kecil kami nak ucapkan "Terima Kasih, sahabat!" kepada ahli yang rajin kongsi benda bermanfaat. Angka yang anda nampak tu sekadar nak tunjuk sejauh mana jejak perkongsian tu dah sampai. Tak ada kasta-kasta atau ranking siapa lebih hebat dekat sini.
Ish, mana ada wajib! Ilmu yang ada di sini kekal terbuka dan percuma. Sokongan kewangan ni sekadar pilihan untuk sesiapa yang mampu dan sudi membantu kami tampung kos 'belakang tabir'—macam bayar sewa server (hosting), beli storan, hargai masa petugas, dan kos memulihkan rakaman-rakaman lama.
Jangan risau, nilai 12 sen pun kami terima dan bersyukur sangat! Cuma, masalahnya sistem kita setakat ni agak 'pening' sikit nak rekodkan angka kurang dari 1. Kalau nak ubah kod tu, berpeluh juga nak buat kerja belakang tabir. Jadi untuk senangkan kerja, sistem akan genapkan nilainya kepada 1, atau dia tunggu ada nilai 'sen-sen' lain yang ditambah untuk mencukupkan 1. Kami tak tolak, malah sangat menghargai sokongan anda!
Biasalah tu dalam dunia IT ni. Kalau jumpa pautan bermasalah dekat halaman Menarik, klik je butang 'laporan' di bahagian bawah tu. Kalau isu-isu teknikal atau masalah di halaman lain, boleh tengok halaman 'Tentang ZK' dan guna info di situ untuk hubungi kami. Jangan lupa sertakan sekali pautan yang rosak tu ya, barulah senang team nak siasat!
Tuliskan saja soalan tu kepada kami. InsyaAllah kami akan jawab sebaik mungkin, untuk pastikan web ini kekal bermanfaat untuk dikunjungi. Terima kasih
Hubungi ZonKuliah