Rakaman diterbitkan
518
224 video dan 294 audio sudah boleh dicari, dirujuk dan didengar semula hari ini.
Menyiapkan halaman ZonKuliah…
Terima kasih menunggu sebentar.
Projek ZK 2026 · Fasa pertama
Sejak 2013, kami merakam, memulihkan dan menyusun kuliah supaya manfaatnya tidak berhenti apabila sesuatu majlis berakhir. Fasa ini memberi petugas masa dan peralatan yang lebih sesuai untuk menjaga rakaman lama serta menjadikannya mudah dicari semula.
Fasa pertama · enam bulan
Sokongan kewangan memberi dua ruang yang sangat penting kepada kerja ini: masa untuk petugas melakukan semakan dengan teliti, dan teknologi untuk mempercepatkan bahagian teknikal yang sesuai diautomasi.
Projek ZK 2026 · Fasa pertama · enam bulan
Dikira daripada kerja yang sudah selesai dan disemak — bukan daripada jumlah wang yang terkumpul.
Rakaman diterbitkan
518
224 video dan 294 audio sudah boleh dicari, dirujuk dan didengar semula hari ini.
Dihubung ke kitab & bab
86%
Rakaman yang sudah dipadankan dengan kitab, jilid, muka surat dan tarikh rakaman.
Sokongan kewangan fasa pertama
RM 750 / RM 50,000
1.5%
Bukan kerja satu klik
Kaset perlu diperiksa, dimainkan dalam masa sebenar, didengar semula, dibersihkan bunyinya dan disusun bersama tajuk, tarikh serta kitab yang betul. Gambar ini ialah sebahagian daripada kerja sebenar yang sedang kami pikul sedikit demi sedikit.



Peruntukan fasa pertama
Ini ialah gambaran awal bagaimana sasaran fasa pertama akan digunakan. Angka sebenar akan dikemas kini apabila sebut harga, pembelian dan resit sudah disahkan.
Penyenaraian bahan, pendigitalan, semakan, pemulihan dan penerbitan yang dibuat secara konsisten.
Komputer pemulihan media dan peralatan pemindahan kaset untuk mempercepatkan kerja serta menjaga sumber asal.
Storan aktif, arkib, backup berasingan, server, pangkalan data dan pembaharuan laman.
Perisian, kredit AI, alat pembangunan serta ruang kecil untuk pembaikan dan gangguan tidak dijangka.
Apa yang sedang dibina
Setiap bahagian bergantung pada bahagian yang lain. Rakaman perlu diselamatkan, diperiksa oleh manusia, diproses dengan peralatan yang sesuai, kemudian disimpan dan disusun dalam sistem yang boleh diakses semula.

01
Kaset, CD, VCD, DVD, cakera keras dan fail mentah perlu diinventori serta dipindahkan ke simpanan yang lebih selamat sebelum keadaan media terus merosot.
Cara untuk bersama
Sokongan kewangan membantu membiayai keperluan projek. Masa, kepakaran, perkongsian, pembetulan dan doa pula membantu ilmu bergerak serta arkib menjadi lebih tepat.
Sokongan bukan kewangan
Dengar dengan penuh
Tonton atau dengar kandungan yang bermanfaat hingga selesai. Masa tontonan yang sebenar membantu kandungan ilmu terus ditemukan di platform.
Kongsi secara tepat
Kongsi pautan kepada keluarga, sahabat atau komuniti yang benar-benar memerlukannya. Satu perkongsian yang tepat boleh membawa ilmu lebih jauh.
Saluran sokongan
Semua saluran masuk ke akaun Produksi Zonkita dan direkod sebagai sokongan Projek ZonKuliah.
Imbas dengan mana-mana aplikasi bank atau e-dompet yang menyokong DuitNow QR. Semak nama penerima PRODUKSI ZONKITA sebelum mengesahkan.
Nama penerimaPRODUKSI ZONKITA
Untuk desktop, jumlah yang lebih besar, atau pindahan berjadual daripada bank anda sendiri.
Maybank · Produksi Zonkita5572 •••• 4584
Untuk penyokong di luar Malaysia — termasuk sahabat yang mengikuti ZonKuliah dari Jepun dan Timur Tengah.
Kad kredit, kad debit dan akaun PayPal. Resit e-mel daripada PayPal.
Transaksi diterima melalui akaun Produksi Zonkita dan direkod sebagai sokongan Projek ZonKuliah. Ia bukan derma berpelepasan cukai. Selepas menyumbang, borang rekod di bawah adalah pilihan — sumbangan tetap sampai walaupun anda tidak mengisinya.
Selepas menyumbang
Beritahu kami
Nama dan e-mel boleh dibiarkan kosong. Borang ini cuma membantu kami menyemak rekod; sumbangan melalui QR tetap diterima walaupun anda tidak mengisinya.

Cerita dan rasional
Baca perjalanan bahan lama, proses pendigitalan, peranan manusia dan teknologi, serta tujuan fasa enam bulan ini sebelum membuat sebarang keputusan.
21 sokongan telah disemak dan disahkan. Semakan terakhir 25 September 2026 pada 6:59 PG.
Pecahan ini ialah anggaran perancangan fasa pertama. Nilai sebenar akan dikemas kini berdasarkan sebut harga, invois dan keutamaan yang telah disahkan.

02
Pendigitalan hanyalah langkah awal. Tajuk, tarikh, kitab, bab, istilah dan konteks masih perlu didengar serta diperiksa oleh petugas yang bertanggungjawab.

03
Komputer kerja khas, peralatan pendigitalan, storan aktif dan backup berasingan membantu proses pemulihan bergerak lebih pantas tanpa mengabaikan keselamatan sumber asal.

04
Rakaman dihubungkan dengan kuliah, kitab, bab, tarikh dan konteks melalui pangkalan data serta maklumat arkib yang boleh dikemas kini dari masa ke masa.
Tegur dan semak
Maklumkan jika terdapat kesilapan nama, tarikh, kitab, bab atau konteks. Pembetulan kecil membantu meningkatkan ketepatan arkib.
Bantu dengan kepakaran
Kemahiran audio, video, arkib, web, reka bentuk, AI, penyelidikan atau pengurusan data boleh membantu pada bahagian tertentu.
Doakan
Doakan agar usaha ini diberi ketelitian, keberkatan dan ruang untuk diteruskan dengan istiqamah.





Setiap fail yang diterbitkan melalui beberapa lapisan kerja: pemeriksaan, pemindahan, semakan, pemulihan, pelengkapan maklumat, penyimpanan dan penerbitan.
Rekod disahkan
21
sumbangan telah kami semak. Nama dan jumlah individu tidak dipaparkan kepada umum tanpa izin.