Kuliah Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 yang berlangsung di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 9 Mac 2015.
Isi penting
Apabila ditiupkan sangkakala - bermulalah hari yang sangat sukar
Imam pengsan selepas baca ayat 8-9 Surah Al-Mudassir
Cerita tentang bermulanya kiamat dan tiupnya sangkakala ialah cerita yang sangat menggerunkan orang-orang beriman
Sangkakala ni apa benda?
Maksud nama Iskandar Zulkarnain
Hadis daif ni hadis atau tidak? (kenapa sesuatu hadis bergelar hadis daif)
Ustaz kena bagitau status hadis bila mengajar (adab guru yang mengajar)
Nabi bercerita tentang peniup sangkakala (Malaikat yang ditugaskan meniup sangkakala)
"Bagaimana aku nak berseronok, sedangkan peniup sangkakala ini sudah meletakkan sangkakala dimulutnya"
Urusan yang sangat besar - melibatkan kehancuran alam
Hanya dengan satu tiupan, segala-galanya akan lenyap
Selang masa antara tiupan sangkakala pertama dengan yang kedua
Hujan yang "menumbuhkan" semula manusia
Betapa penyayangnya Allah kepada manusia
Satu-satunya bahagian dalam manusia yang tidak akan hancur
Tulang yang Allah tak izinkan "bumi makan"
Setiap manusia "akan dimakan tanah"
Solat jenazah ghaib untuk orang yang meninggal ditempat jauh
Sampai bila boleh buat solat sunat jenazah ghaib
Dalam banyak-banyak hari, hari yang paling istimewa ialah hari Jumaat
Kejadian-kejadian yang ditakdirkan berlaku pada hari Jumaat
Selawat yang akan dipersembahkan kepada Nabi
Banyakan berselawat pada hari Jumaat - betapa gembiranya Nabi bila ramai umatnya berselawat
Penjelasan disebalik Kubah Masjid Nabawi jadi merah
"Ni tanda Dajjal nak keluar dah.."
Petanda besar Imam Mahdi dah nak turun
Allah mengharamkan bumi dari "makan" jasad para Nabi--- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4 MUKA SURAT 217 ---
Tafsir Surah Al-Haqqah
Perhitungan dan pembalasan pada tiupan kedua
Bumi dan dihancur lumatkan - maka terjadilah hari kiamat
Berapa ribu tahun tunggu di alam barzakh
Beza antara langit dan awan
Malaikat tunggu disetiap penjuru langit dalam keadaan bersedia
Selfie sampai habis bateri tengok balai rong seri istana negara
Kagum dan takjub dengan istana dan singgah sana raja
Hebatnya Arasy Allah - dipikul oleh 8 Malaikat
Kalaulah Allah buka hijab dan zahirkan kehebatan Arasy Allah untuk manusia tengok atas dunia
Penghuni syurga akan masuk syurga setimpal dengan "class" masing-masing
Syurga tak kira gred apa, yang paling rendah sekalipun, benda yang ada dalam syurga, mata tak pernah tengok, telinga tak pernah dengar, tak pernah terlintas difikiran
Kemuncak nikmat syurga yang menyebabkan semua penghuni syurga terkejut