Bab 01 · 12
Sehelai T-shirt yang membuka jalan

Sebelum ada dewan yang dipenuhi manusia, ada sehelai T-shirt yang... jujur cakap, agak pelik rupanya.
Inilah T-shirt pertama ZonKuliah. Dua belas tahun lalu, teknologi cetak yang cantik dan tahan lama tak semudah sekarang untuk kami capai. Sublimasi pun belum jadi pilihan biasa dalam kalangan kami ketika itu. Jadi logo ZonKuliah terpaksalah dibuat guna patch—jahitan kain yang ditampal.
Kami dah cari yang paling mahal dan paling elok dalam kemampuan ketika itu. Tapi terus terang sahaja, hasilnya tetap kurang memuaskan. Patch tu tak secantik yang kami bayangkan dalam kepala. Rekaan pun jauh lebih ringkas berbanding apa yang boleh dibuat hari ini—kalau nak dibandingkan dengan T-shirt ZK sekarang, memang beza langit dan bumi.
Tapi kami keluarkan juga. Sebab kadang-kadang kita kena mula dengan hasil yang belum sempurna, asalkan kita tak buat sambil lewa. Kami dah cuba sedaya upaya guna apa yang ada. Dan rupa-rupanya, orang ramai bukan pandang cantik atau tidaknya sehelai baju. Mereka nampak apa yang kami sedang cuba bina di sebalik baju tu.













