Menyiapkan halaman ZonKuliah…
Terima kasih menunggu sebentar.Menyiapkan halaman ZonKuliah…
Terima kasih menunggu sebentar.
Jejak Pertemuan ZonKuliah dengan Ustaz Hamanaka
Kisah sampingan · Niihama · 2019

Dalam satu kunjungan, kami tiba dari Matsuyama hampir pukul 11 malam. Waktu yang dikira sangat lewat di Jepun — tapi Ustaz Hamanaka masih bersemangat berkongsi hampir dua jam.
Dia terangkan bagaimana usaha bina Masjid Matsuyama boleh dibantu, siapa yang patut ditemui, dan masalah yang mungkin muncul. Bukan nasihat umum. Dia lukis carta di papan putih, susun peranan, tunjuk hubungan manusia yang perlu digerakkan.
Minatnya kepada kerja yang teliti nampak jelas bila dia kelaskan masjid-masjid di Jepun. Setiap masjid ada kod nombor. Dengan lihat kod itu sahaja, dia boleh terangkan: disewa atau sudah dimiliki, kedudukan kawasan, keutamaan, dan sejauh mana pengaruhnya dalam masyarakat setempat.
Dalam perbincangan lain, dia anggarkan sekitar seratus masjid di seluruh Jepun ketika itu. Angka itu maklumat lisan pada masa pertemuan — yang lebih penting ialah caranya: dakwah baginya kerja yang perlu dikaji, dipetakan dan disusun.
Saya pulang dengan gambaran berbeza. Semangat penting. Tapi semangat yang tak jadi struktur mudah hilang bila orang yang menggerakkannya penat.
Berkaitan dengan bab utama: Malam ketika dakwah dilukis sebagai sebuah sistem
Rantaian ini bukan lurus — pilih pintu seterusnya mengikut rasa ingin tahu tuan/puan.
Peta cerita
Perjalanan solo ke Niihama membuka perbualan tentang masjid, sistem, masa dan amanah yang perlu disambung.
Klik mana-mana titik. Laluan utama membawa cerita ke depan; kisah sampingan membuka manusia dan pengorbanan di sebaliknya.