Menyiapkan halaman ZonKuliah…
Terima kasih menunggu sebentar.Menyiapkan halaman ZonKuliah…
Terima kasih menunggu sebentar.
Jejak Pertemuan ZonKuliah dengan Ustaz Hamanaka
Pintu seterusnya · Niihama · 2019

Ustaz Sulaiman Abu Mahdy Akira Hamanaka meninggal dunia pada 5 Mei 2019 pada usia 66 tahun, dan disemadikan di Hashimoto, Wakayama.
Keluarganya kenang beliau sebagai orang yang ada jaringan luas dalam komuniti badminton dan Islam. Walaupun sentiasa sibuk, beliau nampak bahagia bekerja bersama manusia. Kenangan itu selari dengan apa yang kami sempat lihat sendiri: orang yang boleh berbual panjang tentang sistem masjid, kemudian turun sambung kerja di kedai sebelum hari benar-benar bermula.
Pertemuan kami dengan beliau hanyalah sebahagian kecil daripada perjalanan hidupnya. Sebab itu kisah dari sudut ZonKuliah berhenti di sini. Ia tak patut mengambil tempat memoir yang ditulis oleh Ustaz Hamanaka sendiri.
Dalam memoirnya, beliau kembali jauh ke belakang—zaman kanak-kanak di Jepun, guru sejarah dan al-Quran di perpustakaan; kemudian Singapura, Masjid Negara, Sabak Bernam, Mesir dan Libya; sebelum pulang dengan tekad untuk jadi "pancang Islam" di Jepun.
Benda yang baik, kalau sekadar disimpan dalam kotak tanpa dibuka dan tanpa dipelawa orang ambil manfaat daripadanya, akhirnya mungkin hilang bersama orang yang pernah menjaganya. Maka selepas kisah pertemuan ini, biarlah suara beliau sendiri mengambil tempat.
Berkaitan dengan bab utama: Daripada pertemuan kepada khazanah yang perlu dibuka
Pintu pengembaraan seterusnya
Memoir Ustaz Sulaiman Hamanaka · Pancang Islam di Jepun →Rantaian ini bukan lurus — pilih pintu seterusnya mengikut rasa ingin tahu tuan/puan.
Peta cerita
Perjalanan solo ke Niihama membuka perbualan tentang masjid, sistem, masa dan amanah yang perlu disambung.
Klik mana-mana titik. Laluan utama membawa cerita ke depan; kisah sampingan membuka manusia dan pengorbanan di sebaliknya.