Menyiapkan halaman ZonKuliah…
Terima kasih menunggu sebentar.Menyiapkan halaman ZonKuliah…
Terima kasih menunggu sebentar.
Jejak Pertemuan ZonKuliah dengan Ustaz Hamanaka
Laluan utama · Niihama · 2019

Pertemuan pertama Disember 2017 membuka pintu kepada kunjungan-kunjungan seterusnya. Setiap kali ZonKuliah ke Jepun selepas itu — sama ada untuk kerja lapangan, rakaman atau perbincangan — Niihama jadi salah satu tempat yang tak boleh ditinggalkan.
Ustaz Sulaiman Abu Mahdy Akira Hamanaka pernah belajar agama di Malaysia, Mesir dan Libya. Dia bina jaringan dakwah dalam komuniti Muslim Jepun, aktif dalam perniagaan dan badminton, dan bangunkan Masjid Niihama dengan dana sendiri.
Kami datang bukan untuk cari “tokoh pameran”. Kami datang kerana perlukan orang yang sanggup terangkan keadaan sebenar — termasuk perkara yang tak kelihatan dalam poster atau laporan program.
Dalam salah satu kunjungan bersama Ustaz Ashan, Ustaz Hamanaka tanya umur saya. Lepas dengar jawapan, dia ketawa:
"Oh, kalau begitu saya Islam lebih lama daripada kamu."
Gurauan itu terus merapatkan suasana. Di depan kami bukan sekadar orang yang perlu ditemu bual — tetapi seorang guru yang senang berbual, suka uji cara kita fikir, dan tak kedekut berkongsi pengalaman.
Berkaitan dengan bab utama: Mengapa kami menjejaki Ustaz Hamanaka
Rantaian ini bukan lurus — pilih pintu seterusnya mengikut rasa ingin tahu tuan/puan.
Peta cerita
Perjalanan solo ke Niihama membuka perbualan tentang masjid, sistem, masa dan amanah yang perlu disambung.
Klik mana-mana titik. Laluan utama membawa cerita ke depan; kisah sampingan membuka manusia dan pengorbanan di sebaliknya.